Katalog Buku Terbitan & Edaran Rabbani Books & Media


Dalam dunia yang semakin rencam kini, terlalu banyak dakyah dan pemikiran  tertentu yang mengasak minda dan perasaan kita secara langsung atau tidak langsung setiap hari.

Masing-masing bersaing untuk menyebarkan pengaruh seboleh mungkin.

Justeru sebagai seorang Muslim, kita perlu menyiapkan diri dan keluarga dengan bekalan ilmu yang teguh bagi mendepani cabaran yang mendatang. 


Kami di Rabbani Books & Media sedikit sebanyak berusaha untuk menggalas tanggungjawab fardu kifayah ini.

Oleh itu, kami mendatangkan buat anda karya-karya para ulama berautoriti yang dapat memperkukuh akidah, membangunkan rohani dan memupuk cinta Allah & Rasul dalam sanubari.


Antara tokoh ulama yang kami ketengahkan ialah asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dan Imam al-Ghazali.





 Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global.

Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah.

Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana.

Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam.

Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karya, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita. 


Berikut adalah senarai buku beliau yang diedarkan oleh kami: 




Judul 1: Mukjizat al-Quran (RM50) | 404 hlm

Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti

Kata Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, hanya orang yang benar-benar mendampingi al-Quran sahaja yang akan sentiasa merasai kehebatan dan kemukjizatan al-Quran. Justeru, mari kita soal lubuk hati kita yang terdalam; sejauh mana kita merasai "hebatnya" al-Quran? Bersinar terangkah ia, atau pudar?

Oleh sebab itu, bagi mencetuskan semula rasa kagum itu, dan agar terkeluar daripada perkara-perkara yang biasa kita dengari, Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti berikrar hanya akan menampilkan aspek-aspek baru tentang mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis oleh para ulama terdahulu!

 Buku ini menampilkan aspek-aspek mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis merangkumi bidang bahasa, psikologi, sains, sejarah, perundangan dan pelbagai lagi.

Download sample buku di sini :  https://tinyurl.com/sample-mukjizat




SET KOMBO SIRI PEMBANGUNAN ROHANI

Judul 1132 Langkah Penyucian Jiwa (RM30) | 258 hlm

Judul 2: Dosa Tersembunyi (RM20) | 96 hlm

Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti

Dosa Tersembunyi ialah penyakit-penyakit hati yang melupakan kita tentang tujuan hakiki kita diutuskan ke muka bumi, serta menyebabkan kita leka dengan gemerlapan duniawi, pangkat dan kemahsyuran. Ia juga mengakibatkan dendam kesumat, pergaduhan dan perpecahan sesama umat yang seterusnya menyebabkan kita dengan mudah dipermainkan oleh musuh. 

Maka dalam buku ini, dan dilengkapkan lagi dengan buku 132 Langkah Penyucian Jiwaasy-Syahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti rahimahumullah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang mengajak kita merenung keadaan diri dan kelompok masing-masing.

Beliau kemudian menuntun kita memulakan langkah dalam perjalanan membaiki hati dan membangunkan jiwa dengan wasiat dan pesanannya, agar kelak dengan pengukuhan seorang demi seorang individu dan kelompok-kelompok Muslim, maka akan bangkitlah umat ini seluruhnya dengan penuh kekuatan menghadapi segala cabaran yang mendatang.

******

Gabungan mantap dua karya pembangunan jiwa yang insya-Allah dapat membantu merawat hati dan meningkatkan penghayatan rohani dalam menghadapi cabaran hidup di zaman moden.

Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/samplekomborohani





SET KOMBO SIRI CINTA ALLAH & RASUL

Judul 1: Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran (RM20) | 112 hlm

Judul 2: Beberapa Peristiwa & Iktibar daripada al-Quran dan al-Sunnah (RM40) | 425 hlm

Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti

Dua buah karya nukilan Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti ini berasal daripada siri Pengajian al-Quran yang disampaikan beliau rahimahumullah di kaca televisyen. Siri pengajian ini kemudian diterjemah dan dibukukan.
.
Dalam buku yang pertama, al-Buti rahimahumullah telah memfokuskan perbincangan mengenai Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran. Buku ini menjawab pengeliruan kaum Musyrikin mengenai identiti Nabi Muhammad SAW, di samping menjelaskan mengenai tugas dan risalah yang dipikul oleh Baginda.  Ia juga memerihalkan keistimewaan-keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Baginda, di samping akhlak dan peribadi Baginda yang terpuji yang dapat membangkitkan rasa cinta kita kepada Baginda SAW.
.
Buku kedua pula  mengajak kita merenung satu-satu peristiwa atau senario yang diambil daripada al-Quran, hadis atau sirah. Kupasan Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimahumullah amat istimewa kerana memuatkan analisis beliau yang mendalam dan halus terhadap sesuatu peristiwa. Setiap bab membawa tema tertentu, dan tema-tema yang diangkat menjurus kepada aspek pengukuhan iman dan akidah. Kupasan sebegini amat membantu kita untuk mentadabbur serta memupuk rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, seterusnya dapat membimbing kita perlahan-lahan untuk merubah kehidupan ke arah yang diredai-Nya.

Download sample buku di sini :  https://tinyurl.com/samplebukuCintaNabi



SET KOMBO SIRI PEMIKIRAN SEMASA

Judul 1: Agama & Falsafah (RM20) | 95 hlm

Judul 2: Allah atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia? (RM20) | 82 hlm

Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti

Buku ALLAH ATAU MANUSIA menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspek. Dimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama. 


Dalam buku AGAMA & FALSAFAH pula, Dr Sa'id Ramadan al-Buti rahimahumullah merakam dan mengupas kembali dialog yang pernah berlaku antara beliau dengan seorang Ketua Jabatan Falsafah di sebuah universiti di negara Teluk-Arab. Beliau berusaha membetulkan salah faham mengenai Islam. Beliau menegaskan bahawa akidah Islam yang menerangkan hakikat alam, manusia dan kehidupan yang selaras dengan neraca ilmu itulah asas kepada kebangkitan dan kemajuan umat ini. Lebih jauh daripada itu, beliau menyerang pula falsafah yang ingin menggantikan peranan agama dengan neraca tersebut sekaligus membuktikannya sebagai produk khayalan manusiawi semata-mata.

******

Gabungan mantap dua karya yang akan memperkukuhkan jati diri dan keyakinan kita sebagai seorang Muslim dalam mengharungi gelora zaman.

Download sample buku di sini :  https://tinyurl.com/previewkombo


===========


Imam al-Ghazali pula adalah tokoh yang perlu diperkenalkan lagi kepada kita, umat Islam di alam Melayu ini. Kitab-kitabnya diajarkan di pondok-pondok, masjid dan surau bahkan hingga di universiti. Sesiapa yang pernah membaca atau mempelajari mana-mana kitab susunan Imam al-Ghazali rahimahullah pasti akan dapat melihat dan merasai kehebatan ilmu, kehalusan adab dan ketinggian rohani yang terpancar daripada nasihat dan pesanan beliau rahimahumullah.


Oleh itu,  dua buah kitab beliau ini kami persembahkan buat semua:




SET KOMBO IMAM AL-GHAZALI

Judul 1: Adab-Adab Tilawah al-Quran (RM20) | 120 hlm

Judul 2: Mutiara-Mutiara al-Quran (RM40) | 452 hlm

Pengarang: Imam al-Ghazali


Adab-Adab Tilawah al-Quran menggariskan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menjaga adab zahir dan batin ketika kita membaca al-Quran.  Bagaimana kita perlu memahami asal-usul al-Quran yang merupakan kalam Allah, lantas kita hadirkan keagungan Zat Yang Sedang Berbicara dalam hati dan tidak mengingati perkara-perkara lain. Selain itu, buku ini juga menghuraikan kaedah untuk melakukan tadabbur, memahami dan menepis segala halangan yang menghalang kefahaman sehinggalah makna-makna al-Quran itu meresap ke dalam jiwa lalu menaikkan martabat tilawah hingga ke tahap tertinggi.

Mutiara-Mutiara al-Quran pula mengajak dan menyediakan peta buat kita untuk berlayar, meneroka dan menyelam ke dasar lautan ilmu al-Quran, bagi mengeluarkan segala mutiara-mutiaranya yang berharga. Peta tersebut berupa formula tadabbur daripada Imam al-Ghazali yang sangat membantu kita untuk memahami dan menghayati kalamullah tersebut.

Download sample buku di sini :   https://tinyurl.com/adabtilawah1 dan sini https://tinyurl.com/mutiaraquran


=============


Siapa kami?


Rabbani Books & Media diasaskan oleh Sdr Abdul Rauf bin Baharuddin. 




Graduan Usuluddin (pengkhususan dalam bidang Akidah & Falsafah) daripada Universiti al-Azhar ini pernah berkhidmat sebagai Editor Syariah di Telaga Biru Sdn Bhd dan pernah menyunting puluhan manuskrip dalam bidang agama. Beliau juga pernah menjadi penulis bersama dan penterjemah beberapa buah buku.


Impian dan harapan beliau ialah untuk mengetengahkan pelbagai karya ulama silam dan kontemporari yang sangat diperlukan sebagai panduan dan pedoman buat kita semua, namun tidak dapat diakses oleh masyarakat kita atas faktor kekangan bahasa. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MUKJIZAT AL-QURAN: HURAIAN & KUPASAN TERKINI
SET KOMBO SIRI PEMBANGUNAN ROHANI
SET KOMBO IMAM AL-GHAZALI
SET KOMBO SIRI CINTA ALLAH & RASUL
HABIS STOK
SET KOMBO SIRI PEMIKIRAN SEMASA
HABIS STOK
TIGA BUAH BUKU AL-BUTI + 1 BUKU PERCUMA (utk 200 pembeli terawal)
HABIS STOK
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN