
Dalam dunia yang semakin rencam kini, terlalu banyak dakyah dan pemikiran tertentu yang mengasak minda dan perasaan kita secara langsung atau tidak langsung setiap hari.
Masing-masing bersaing untuk menyebarkan pengaruh seboleh mungkin.
Justeru sebagai seorang Muslim, kita perlu menyiapkan diri dan keluarga dengan bekalan ilmu yang teguh bagi mendepani cabaran yang mendatang.
Kami di Rabbani Books & Media sedikit sebanyak berusaha untuk menggalas tanggungjawab fardu kifayah ini.
Oleh itu, kami mendatangkan buat anda karya-karya para ulama berautoriti yang dapat memperkukuh akidah, membangunkan rohani dan memupuk cinta Allah & Rasul dalam sanubari.
Antara tokoh ulama yang kami ketengahkan ialah asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti dan Imam al-Ghazali.

Berikut adalah senarai buku beliau yang diedarkan oleh kami:
Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Kata Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, hanya orang yang benar-benar mendampingi al-Quran sahaja yang akan sentiasa merasai kehebatan dan kemukjizatan al-Quran. Justeru, mari kita soal lubuk hati kita yang terdalam; sejauh mana kita merasai "hebatnya" al-Quran? Bersinar terangkah ia, atau pudar?
Oleh sebab itu, bagi mencetuskan semula rasa kagum itu, dan agar terkeluar daripada perkara-perkara yang biasa kita dengari, Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti berikrar hanya akan menampilkan aspek-aspek baru tentang mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis oleh para ulama terdahulu!
Buku ini menampilkan aspek-aspek mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis merangkumi bidang bahasa, psikologi, sains, sejarah, perundangan dan pelbagai lagi.
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/sample-mukjizat
SET KOMBO SIRI PEMBANGUNAN ROHANI
Judul 1: 132 Langkah Penyucian Jiwa (RM30) | 258 hlm
Judul 2: Dosa Tersembunyi (RM20) | 96 hlm
Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/samplekomborohani
SET KOMBO SIRI CINTA ALLAH & RASUL
Judul 1: Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran (RM20) | 112 hlm
Judul 2: Beberapa Peristiwa & Iktibar daripada al-Quran dan al-Sunnah (RM40) | 425 hlm
Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/samplebukuCintaNabi
SET KOMBO SIRI PEMIKIRAN SEMASA
Judul 1: Agama & Falsafah (RM20) | 95 hlm
Judul 2: Allah atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia? (RM20) | 82 hlm
Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Buku ALLAH ATAU MANUSIA menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspek. Dimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama.
Dalam buku AGAMA & FALSAFAH pula, Dr Sa'id Ramadan al-Buti rahimahumullah merakam dan mengupas kembali dialog yang pernah berlaku antara beliau dengan seorang Ketua Jabatan Falsafah di sebuah universiti di negara Teluk-Arab. Beliau berusaha membetulkan salah faham mengenai Islam. Beliau menegaskan bahawa akidah Islam yang menerangkan hakikat alam, manusia dan kehidupan yang selaras dengan neraca ilmu itulah asas kepada kebangkitan dan kemajuan umat ini. Lebih jauh daripada itu, beliau menyerang pula falsafah yang ingin menggantikan peranan agama dengan neraca tersebut sekaligus membuktikannya sebagai produk khayalan manusiawi semata-mata.
******
Gabungan mantap dua karya yang akan memperkukuhkan jati diri dan keyakinan kita sebagai seorang Muslim dalam mengharungi gelora zaman.
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/previewkombo
===========
Imam al-Ghazali pula adalah tokoh yang perlu diperkenalkan lagi kepada kita, umat Islam di alam Melayu ini. Kitab-kitabnya diajarkan di pondok-pondok, masjid dan surau bahkan hingga di universiti. Sesiapa yang pernah membaca atau mempelajari mana-mana kitab susunan Imam al-Ghazali rahimahullah pasti akan dapat melihat dan merasai kehebatan ilmu, kehalusan adab dan ketinggian rohani yang terpancar daripada nasihat dan pesanan beliau rahimahumullah.
Oleh itu, dua buah kitab beliau ini kami persembahkan buat semua:
SET KOMBO IMAM AL-GHAZALI
Judul 1: Adab-Adab Tilawah al-Quran (RM20) | 120 hlm
Judul 2: Mutiara-Mutiara al-Quran (RM40) | 452 hlm
Pengarang: Imam al-Ghazali
Adab-Adab Tilawah al-Quran menggariskan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menjaga adab zahir dan batin ketika kita membaca al-Quran. Bagaimana kita perlu memahami asal-usul al-Quran yang merupakan kalam Allah, lantas kita hadirkan keagungan Zat Yang Sedang Berbicara dalam hati dan tidak mengingati perkara-perkara lain. Selain itu, buku ini juga menghuraikan kaedah untuk melakukan tadabbur, memahami dan menepis segala halangan yang menghalang kefahaman sehinggalah makna-makna al-Quran itu meresap ke dalam jiwa lalu menaikkan martabat tilawah hingga ke tahap tertinggi.
Mutiara-Mutiara al-Quran pula mengajak dan menyediakan peta buat kita untuk berlayar, meneroka dan menyelam ke dasar lautan ilmu al-Quran, bagi mengeluarkan segala mutiara-mutiaranya yang berharga. Peta tersebut berupa formula tadabbur daripada Imam al-Ghazali yang sangat membantu kita untuk memahami dan menghayati kalamullah tersebut.
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/adabtilawah1 dan sini https://tinyurl.com/mutiaraquran
=============
Siapa kami?
Rabbani Books & Media diasaskan oleh Sdr Abdul Rauf bin Baharuddin.
Graduan Usuluddin (pengkhususan dalam bidang Akidah & Falsafah) daripada Universiti al-Azhar ini pernah berkhidmat sebagai Editor Syariah di Telaga Biru Sdn Bhd dan pernah menyunting puluhan manuskrip dalam bidang agama. Beliau juga pernah menjadi penulis bersama dan penterjemah beberapa buah buku.
Impian dan harapan beliau ialah untuk mengetengahkan pelbagai karya ulama silam dan kontemporari yang sangat diperlukan sebagai panduan dan pedoman buat kita semua, namun tidak dapat diakses oleh masyarakat kita atas faktor kekangan bahasa. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.