SET KOMBO SIRI TADABBUR AL-QURAN
KARYA IMAM AL-GHAZALI

Sesiapa yang pernah membaca atau mempelajari mana-mana kitab susunan Imam al-Ghazali rahimahullah
pasti akan dapat melihat dan merasai kehebatan ilmu, kehalusan adab dan
ketinggian rohani yang terpancar daripada nasihat dan pesanan beliau rahimahumullah.
Oleh itu, dua buah kitab beliau ini kami persembahkan buat semua:
Buku 1 - Adab-Adab Tilawah al-Quran
![]()
JUDUL : ADAB-ADAB TILAWAH AL-QURAN
BILANGAN HALAMAN : 120
HARGA : RM20
Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/adabtilawah1
Adab-Adab Tilawah al-Quran ini ialah salah satu silibus penting daripada siri Ihya' Ulum al-Din ,
setelah Imam al-Ghazali menghuraikan mengenai akidah dan ibadah-ibadah yang wajib.
Dalam buku ini, Imam al-Ghazali telah menggariskan langkah-langkah yang boleh diikuti
untuk menjaga adab zahir dan batin ketika kita membaca al-Quran.
Bagaimana kita perlu memahami asal-usul al-Quran yang merupakan kalam Allah,
lantas kita hadirkan keagungan Zat Yang Sedang Berbicara dalam hati
dan tidak mengingati perkara-perkara lain..
Selain itu, buku ini juga menghuraikan kaedah untuk melakukan tadabbur,
memahami dan menepis segala halangan yang menghalang kefahaman
sehinggalah makna-makna al-Quran itu meresap ke dalam jiwa
lalu menaikkan martabat tilawah hingga ke tahap tertinggi.
Semoga buku ini dapat membantu semua pencinta al-Quran dalam proses tadabbur.
Buku 2 - Mutiara-Mutiara al-Quran
![]()
JUDUL : MUTIARA-MUTIARA AL-QURAN
JUDUL ASLI : JAWAHIR AL-QURAN WA DURARUH
BILANGAN HALAMAN : 452
HARGA : RM40
Untuk buku ini, kami biarkan Imam al-Ghazali sendiri yang bercerita:
Sampai bilakah anda hanya bersiar di sekitar pesisir lautan (al-Quran)
tanpa mengendahkan segala yang menakjubkan?
Tidakkah anda terfikir untuk berlayar di permukaannya untuk menatap segala keajaibannya?
Meneroka hingga ke pulau-pulau bagi mengutip segala yang terbaik?
Menyelami ke dasarnya agar anda menjadi kaya dengan memperoleh mutiara-mutiara?
Tidakkah anda mencela diri sendiri dek terhalang daripada segala mutiara dan permata
akibat daripada keasyikan anda yang sekadar melihat pesisir dan pemandangan zahirnya sahaja?
Tidak sampaikah berita kepada anda
bahawa al-Quran itu adalah sebuah lautan samudera yang luas?
Daripadanyalah tercabang segala ilmu umat terdahulu dan terkemudian,
sebagaimana tercabangnya sumur dan sungai dari pesisir dan muara pantainya?
Tidakkah anda iri terhadap kaum-kaum yang telah menongkah gelombang badai dan ombaknya,
lalu menemui al-kibrit al-ahmar
(belerang merah yang boleh menukar batu menjadi permata dan tembaga menjadi emas)?
Oleh itu, di sini saya akan memimpin dan menunjukkan kepada anda
–sebagai menunaikan hak persaudaraan kita–
perihal bagaimanakah mereka meneroka, menyelami dan merentasi lautan itu.
-Imam al-Ghazali
Apa kata para asatizah dan pembaca buku ini?
Inilah buku-buku Imam al-Ghazali yang kami tawarkan buat anda.
Jumlahnya (RM20 + RM40) = RM60.
- Diskaun RM10
JUMLAH : RM50 sahaja
Pengeposan PERCUMA untuk Semenanjung.
Sabah Sarawak dan Labuan cuma tambah RM10.
Bukan itu sahaja!
Setiap pembelian juga akan mendapat sebuah buku percuma!
Dr. Farid Al-Ansori merupakan seorang tokoh ilmuan dan pendakwah dari Maghribi.
Karya beliau ini seumpama buku Mutiara-Mutiara al-Quran Imam al-Ghazali di atas,
tetapi dengan huraian moden.
Memang berbaloi.
Ada diskaun, pengeposan percuma dan buku percuma.
Dapatkan segera!