MUKJIZAT AL-QURAN: HURAIAN & KUPASAN TERKINI -DR MUHAMMAD SA'ID RAMADAN AL-BUTI

MUKJIZAT AL-QURAN: HURAIAN & KUPASAN TERKINI -DR MUHAMMAD SA'ID RAMADAN AL-BUTI


Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global.





Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah.

Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana.

Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam.

Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karyanya kepada kita, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita. 

===================



===============

Buku yang kami sajikan buat anda ini adalah salah satu daripada Siri Kajian al-Quran yang beliau jalankan.

Kata asy-Syahid, istilah "mukjizat al-Quran" itu adalah perkataan yang biasa didengari, namun tidak ramai yang memahami maksud istilah tersebut.

Tidakkah begitu?

Apakah yang kita tahu mengenai  maksud "al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat"?

==================



============

Padahal, al-Quran ialah kalam Allah SWT yang perlu dihayati dan dijiwai oleh seluruh umat manusia.

Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dijalankan, dengan wujudnya banyak pusat tahfiz, musabaqah tilawah al-Quran dan sebagainya; bagi beliau itu semua belum memadai.

Kerana di sana akan wujud dua kelompok manusia dalam masyarakat.

Yang satu, memahami al-Quran, dan berusaha menerapkan ajaran al-Quran dalam kehidupan, sedangkan pihak yang satu lagi bergerak pada arah yang bertentangan.

===============



====================

Dalam huraian beliau ini, beliau berusaha untuk menampilkan hanya aspek-aspek baru mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis oleh para ulama terdahulu!

Oleh itu, anda akan dapati buku ini mempamerkan kupasan yang segar dan baharu mengenai mukjizat-mukjizat al-Quran serta mudah untuk kefahaman orang zaman sekarang.

===================


Berikut ialah "pengakuan" daripada penterjemah karya ini, Ustaz Mohd Fauzan bin Abdullah (Pengurus Akademi Tursina & Pengarah Akademi Tadabbur ):


================


Buku ini mengandungi 30 bab dan setebal 404 halaman.



================



Antara topik yang disentuh ialah:


- ketepatan pemilihan kata bagi setiap perkataan dalam al-Quran yang sukar ditukar ganti (dengan mengekalkan makna yang sama)


- manifestasi keagungan Tuhan yang terpancar dalam setiap ayat al-Quran yang membezakannya daripada karektor dan ciri-ciri manusiawi 


-aspek hikmah pensyariatan yang memperlihatkan bagaimana al-Quran mengatur kehidupan manusia dan masyarakat sehingga mampu membina tamadun yang hebat dalam masa yang singkat


- kebenaran-kebenaran baru yang tersingkap pada zaman moden ini yang bertepatan keterangan-keterangan al-Quran yang berkaitan dengan masa depan manusia hingga ke hari kiamat


- menjawab beberapa kritikan orientalis dan golongan modenis terhadap al-Quran dan beberapa topik al-Quran




================

Boleh lihat dan download sample buku di sini: https://tinyurl.com/sample-mukjizat

================



Dapatkan segera!


Harga hanya RM50



Semoga buku-buku ini membantu kita menjadi seorang hamba yang tunduk patuh kepada setiap titah perintah Tuhannya.


=============



BUKU LAIN YANG BERKAITAN




SET KOMBO IMAM AL-GHAZALI

Judul 1: Adab-Adab Tilawah al-Quran (RM20) | 120 hlm

Judul 2: Mutiara-Mutiara al-Quran (RM40) | 452 hlm

Pengarang: Imam al-Ghazali


Adab-Adab Tilawah al-Quran menggariskan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menjaga adab zahir dan batin ketika kita membaca al-Quran.  Bagaimana kita perlu memahami asal-usul al-Quran yang merupakan kalam Allah, lantas kita hadirkan keagungan Zat Yang Sedang Berbicara dalam hati dan tidak mengingati perkara-perkara lain. Selain itu, buku ini juga menghuraikan kaedah untuk melakukan tadabbur, memahami dan menepis segala halangan yang menghalang kefahaman sehinggalah makna-makna al-Quran itu meresap ke dalam jiwa lalu menaikkan martabat tilawah hingga ke tahap tertinggi.


Mutiara-Mutiara al-Quran pula mengajak dan menyediakan peta buat kita untuk berlayar, meneroka dan menyelam ke dasar lautan ilmu al-Quran, bagi mengeluarkan segala mutiara-mutiaranya yang berharga. Peta tersebut berupa formula tadabbur daripada Imam al-Ghazali yang sangat membantu kita untuk memahami dan menghayati kalamullah tersebut.


Download sample buku di sini :   https://tinyurl.com/adabtilawah1 dan sini https://tinyurl.com/mutiaraquran




=============

Siapa kami?


Rabbani Books & Media diasaskan oleh Sdr Abdul Rauf bin Baharuddin. 




Graduan Usuluddin (pengkhususan dalam bidang Akidah & Falsafah) daripada Universiti al-Azhar ini pernah berkhidmat sebagai Editor Syariah di Telaga Biru Sdn Bhd dan pernah menyunting puluhan manuskrip dalam bidang agama. Beliau juga pernah menjadi penulis bersama dan penterjemah beberapa buah buku.


Impian dan harapan beliau ialah untuk mengetengahkan pelbagai karya ulama silam dan kontemporari yang sangat diperlukan sebagai panduan dan pedoman buat kita semua, namun tidak dapat diakses oleh masyarakat kita atas faktor kekangan bahasa. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MUKJIZAT AL-QURAN: HURAIAN & KUPASAN TERKINI
SET KOMBO IMAM AL-GHAZALI
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Rabbani Books & Media
rabbanibookspublications@gmail.com
+601135863923