PRE-ORDER BUKU

"ADAB BERUSAHA & MENCARI REZEKI"

OLEH IMAM AL-GHAZALI

KINI DIBUKA !!!




Secara umumnya, kita semua dituntut untuk mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup diri  dan mereka yang berada di bawah tanggungan kita.


Namun soal rezeki ini juga adalah ujian Allah yang kadangkala paling banyak menguji keimanan kita. 





Golongan ketiga ini adalah yang paling sederhana, maka berusahalah menjadi sebahagian daripada golongan ini.


Namun, mencari dunia sebagai bekalan akhirat tidak akan dapat dicapai melainkan oleh mereka yang mengikuti cara yang betul dan beradab dengan adab-adab syariah ketika mencarinya.


Justeru dalam kitab ini, Imam al-Ghazali mengupas mengenai cara berusaha mencari rezeki dengan adab-adab yang menepati syariah.\


==============




=========


ISI KANDUNGAN BUKU


Bab pertama menghuraikan mengenai kelebihan dan galakan berusaha berdasarkan suluhan al-Quran dan hadis serta kisah-kisah para salafussoleh. Turut dibincangkan mengenai salah faham tentang "jangan mencari dunia atau kekayaan" dan beberapa golongan khusus dalam soal ini.


Bab kedua pula menjelaskan ilmu yang sahih mengenai hukum-hakam muamalat. Ada antara kita yang berusaha mencari rezeki dengan mengambil upah (gaji), ada yang berniaga. Berniaga pun ada yang bersendirian, dan ada yang berkongsi (yang membabitkan akad mudarabah dan syarikat). Kehidupan harian kita juga pasti tidak dapat mengelak daripada membabitkan soal jual-beli, tempah, sewa dan sebagainya. Semua aspek ini ada hukum-hakam syariahnya yang wajib dipelajari bagi mereka yang terlibat. Maka sewajarnya kita menghalusi soal hukum-hakam setiap akad muamalat ini agar jelas halal-haramnya dalam setiap aktiviti tersebut.


Bab ketiga pula menjelaskan mengenai cara berlaku adil dan tidak menzalimi pihak lain ketika bermuamalat. Hal ini antaranya ialah mengenai soal tidak menyorokkan kecacatan yang terdapat pada barang niaga, atau menyembunyikan sebarang spesifikasi barang atau harga semasa. Menggambarkan produk yang dijual lebih daripada yang sepatutnya juga boleh menyebabkan pembeli dizalimi haknya. Semua ini perlu dielakkan oleh orang yang soleh.


Bab keempat menyentuh tentang berbuat baik (ihsan) dalam muamalat. Ini adalah untuk mereka yang hendak menjadi golongan muqarrabin (yang hampir dengan Tuhan) agar perniagaan (akhirat)nya bukan sekadar balik modal, tetapi mendapat keuntungan. Ada enam fasal seluruhnya. Antaranya tentang soal penetapan harga, hutang-piutang, pembatalan urusniaga, dan urus niaga dengan golongan fakir miskin.


Bab kelima pula untuk mereka yang hendak mencapai tahap siddiqin dalam mereka berusaha mencari rezeki. Ada tujuh fasal seluruhnya. Antaranya tentang niat dan pegangan yang baik sewaktu memulakan pekerjaan, hasrat menunaikan tanggungjawab fardu kifayah dengan pekerjaan tersebut, pasar dunia tidak menghalang daripada pasar akhirat (masjid), melazimi zikrullah, mewaspadai perkara-perkara syubhah dan beberapa perkara lagi.


Dengan berusaha melakukan pekerjaan dengan betul serta menepati hukum-hakam dan adab-adab syariah boleh menjadikan pekerjaan tersebut sebagai amal ibadat kita untuk dijadikan bekalan di Akhirat nanti, inshaAllah.


Semoga buku ini dapat menjadi pedoman dan panduan kita dalam berusaha mencari rezeki-Nya.


================






=========


MAKLUMAT MENGENAI TEMPAHAN (PRE-ORDER)


  • Buku ini masih dalam proses penerbitan.
  • Dijangka siap dan mula diposkan bermula 5 Disember 2022. dilanjutkan ke 19 Disember 2022
  • Ketebalan buku dijangka sekitar 170-200 halaman.
  • Harga buku ialah RM30. Harga promosi pre-order ialah RM25.
  • Termasuk dalam promosi ialah pos percuma untuk Semenanjung, dan subsidi pos untuk Sabah Sarawak (hanya perlu tambah RM8).
  • Tempahan (dengan harga promosi) akan ditutup pada 29 November 2022. dilanjutkan ke 19 Disember 2022


Bagi yang berminat, boleh tempah terus dengan mengisi borang tempahan di bawah

Terima kasih.






=============

Siapa kami?


Rabbani Books & Media diasaskan oleh Sdr Abdul Rauf bin Baharuddin. 




Graduan Usuluddin (pengkhususan dalam bidang Akidah & Falsafah) daripada Universiti al-Azhar ini pernah berkhidmat sebagai Editor Syariah di Telaga Biru Sdn Bhd dan pernah menyunting puluhan manuskrip dalam bidang agama. Beliau juga pernah menjadi penulis bersama dan penterjemah beberapa buah buku.


Impian dan harapan beliau ialah untuk mengetengahkan pelbagai karya ulama silam dan kontemporari yang sangat diperlukan sebagai panduan dan pedoman buat kita semua, namun tidak dapat diakses oleh masyarakat kita atas faktor kekangan bahasa. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.


==============


* Jika tiada emel, boleh masukkan emel berikut: emel@contoh.my

* Pastikan anda tanda Semenanjung / Sabah Sarawak untuk penghantaran



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[PRE-ORDER] ADAB BERUSAHA DAN MENCARI REZEKI
25.00
JUMLAH 1 25.00

Kos Penghantaran

0.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 25.00
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN



Maklumat Peniaga

Rabbani Books & Media
rabbanibookspublications@gmail.com
+601135863923