Akaun rabbanibooks.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BUKU-BUKU ASY-SYAHID DR MUHAMMAD SA'ID RAMADAN AL-BUTI


Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global.








Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah.


Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana.


Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam. 



Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karyanya kepada kita, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita. 



Kombo A : Siri Pembangunan Rohani

JUDUL 1 : DOSA TERSEMBUNYI (bil hlm 96 + xvi)

JUDUL 2 : 132 LANGKAH PENYUCIAN JIWA (bil hlm 258 + xiv)


HARGA  : RM50 (KOMBO)


KOS PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia     :    Percuma 
Sabah Sarawak Labuan     :     RM7 sahaja


Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/samplekomborohani


Dosa Tersembunyi ialah penyakit-penyakit hati yang melupakan kita tentang tujuan hakiki kita diutuskan ke muka bumi, serta menyebabkan kita leka dengan gemerlapan duniawi, pangkat dan kemahsyuran. Ia juga mengakibatkan dendam kesumat, pergaduhan dan perpecahan sesama umat yang seterusnya menyebabkan kita dengan mudah dipermainkan oleh musuh. 

Maka dalam buku ini, dan dilengkapkan lagi dengan buku 132 Langkah Penyucian Jiwaasy-Syahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti rahimahumullah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang mengajak kita merenung keadaan diri dan kelompok masing-masing.

Beliau kemudian menuntun kita memulakan langkah dalam perjalanan membaiki hati dan membangunkan jiwa dengan wasiat dan pesanannya, agar kelak dengan pengukuhan seorang demi seorang individu dan kelompok-kelompok Muslim, maka akan bangkitlah umat ini seluruhnya dengan penuh kekuatan menghadapi segala cabaran yang mendatang.


******


Gabungan mantap dua karya pembangunan jiwa yang insya-Allah dapat membantu merawat hati dan meningkatkan penghayatan rohani dalam menghadapi cabaran hidup di zaman moden.




Kombo B : Siri Pemikiran Semasa



JUDUL 1 : ALLAH ATAU MANUSIA : SIAPAKAH YANG LEBIH BERUPAYA MENJAMIN HAK-HAK ASASI MANUSIA?  (bil hlm 84 + xx)

JUDUL 2 : AGAMA & FALSAFAH (bil hlm 95 + xxii)


HARGA  : RM40 (KOMBO)


KOS PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia     :    Percuma 
Sabah Sarawak Labuan     :     RM7 sahaja

Lihat sample buku di sini: https://tinyurl.com/previewkombo




Buku ALLAH ATAU MANUSIA menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspekDimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama. 



Dalam buku AGAMA & FALSAFAH pula, Dr Sa'id Ramadan al-Buti rahimahumullah merakam dan mengupas kembali dialog yang pernah berlaku antara beliau dengan seorang Ketua Jabatan Falsafah di sebuah universiti di negara Teluk-Arab. Beliau berusaha membetulkan salah faham mengenai IslamBeliau menegaskan bahawa akidah Islam yang menerangkan hakikat alam, manusia dan kehidupan yang selaras dengan neraca ilmu itulah asas kepada kebangkitan dan kemajuan umat ini. Lebih jauh daripada itu, beliau menyerang pula falsafah yang ingin menggantikan peranan agama dengan neraca tersebut sekaligus membuktikannya sebagai produk khayalan manusiawi semata-mata.


******


Gabungan mantap dua karya yang akan memperkukuhkan jati diri dan keyakinan kita sebagai seorang Muslim dalam mengharungi gelora zaman.


Kombo C : Siri Cinta Allah & Rasul
(Baru Terbit!)





JUDUL 1 : NABI MUHAMMAD SAW DALAM AL-QURAN (112m/s)

JUDUL 2 : BEBERAPA PERISTIWA & IKTIBAR DARIPADA AL-QURAN & AL-SUNNAH (425m/s)


HARGA : RM60

KOS PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia     :    Percuma 
Sabah Sarawak Labuan     :     RM7 sahaja

Download sample buku di sini : https://tinyurl.com/samplebukuCintaNabi


Dua buah karya nukilan Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti ini berasal daripada siri Pengajian al-Quran yang disampaikan beliau rahimahumullah di kaca televisyen. Siri pengajian ini kemudian diterjemah dan dibukukan.
.
Dalam buku yang pertama, al-Buti rahimahumullah telah memfokuskan perbincangan mengenai Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran. Buku ini menjawab pengeliruan kaum Musyrikin mengenai identiti Nabi Muhammad SAW, di samping menjelaskan mengenai tugas dan risalah yang dipikul oleh Baginda.  Ia juga memerihalkan keistimewaan-keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Baginda, di samping akhlak dan peribadi Baginda yang terpuji yang dapat membangkitkan rasa cinta kita kepada Baginda SAW.
.
Buku kedua pula  mengajak kita merenung satu-satu peristiwa atau senario yang diambil daripada al-Quran, hadis atau sirah. Kupasan Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimahumullah amat istimewa kerana memuatkan analisis beliau yang mendalam dan halus terhadap sesuatu peristiwa. Setiap bab membawa tema tertentu, dan tema-tema yang diangkat menjurus kepada aspek pengukuhan iman dan akidah. Kupasan sebegini amat membantu kita untuk mentadabbur serta memupuk rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, seterusnya dapat membimbing kita perlahan-lahan untuk merubah kehidupan ke arah yang diredai-Nya.
.